Home > Photography > Sidang Media Pementasan Teater SYURGA ATAU NERAKA

Sidang Media Pementasan Teater SYURGA ATAU NERAKA

Teater Syurga atau Neraka ini adalah projek bagi tahun 2008 anjuran bersama Rumpun Seni dan Teater Shah Alam (RESAM) dan Kelab Seni dan Kebudayaan MBPJ (KSDK).



SINOPSIS
Penderitaan hidup manusia di muka bumi ini adakalanya tidak terbatas di dunia sahaja, pembalasan serta hukuman akan sentiasa bersama. Andainya jalan hidup sebelum ini tidak di landasan yang benar, melanggar segala larangan Allah sudah tentu menerima balasan setimpal apabila seseorang itu mati, begitulah yang terjadi kepada Iman, Zarina serta Senin yang di gambarkan mempunyai dosa-dosa besar dan tiada kesempatan bertaubat sepenuhnya buat mereka.

Cerita bermula dengan bangkitnya kembali mereka ini setelah menghadapi kematian yang dahsyat di antara mereka, mereka bertiga bertemu dan berbicara tentang kesalahan diri sendiri ketika itu, mereka di tempatkan di bilik mayat hospital sementara. Iman seorang banduan yang mati di hukum gantung kerana kesalahannya mengedar dadah, Zarina pula mati kerana jangkitan HIV, manakala Senin pula mati di bunuh oleh ceti haram yang sentiasa memburu semasa hayatnya. Iman antara mayat yang paling lama ditinggal di bilik mayat itu, ini kerana tiada sesiapa waris yang mahu menuntutnya untuk pengebumiannya, begitu juga zarina yang yakin beliau akan dituntut dan disemadikan oleh suaminya, dalam keadaan masing-masing menanti, timbulah kekesalan diri keatas apa yang pernah di lakukan semasa hayat mereka di bumi.

Zarina antara yang paling menyesal atas apa yang di lakukan semasa kehidupanya, beliau berharap agar di beri peluang terakhir bagi menebus kesalahannya sekiranya dia di hidupkan semula. Iman yang selama ini hanya banyak berahsia akhirnya meluahkan segala isi hati serta latarbelakang dirinya. Siapakah Iman sebenarnya dan apakah kaitan Zarina dalam hidupnya, semuanya terjawap dalam pementasan teater ‘ Syurga atau Neraka’.



Arahan
KHUSIARY MAHAYUDDIN

Skrip dan Karya
RAJA AZREY RAJA KAMARUZZAMAN

Barisan Pelakon
Watak Utama
EIRA SYAZIRA SHUHAIMI sebagai ZARINA ZAINODIN
RAJA AZREY sebagai HERMAN @ IMAN
CHE MAT (RAJA LAWAK) sebagai SENIN RAHMAT

Di bantu oleh
NUROL HUDDA HUSSIN
MUHD MUHALDIN JAMIN
ED KOTA



TARIKH : 7 -10hb OGOS 2008 ( 4 HARI )
MASA : 8.30 MALAM ( 7HB – 9HB OGOS 2008 )
3.00 PETANG ( 10HB OGOS 2008 )
Tempat : AUDITORIUM DEWAN SIVIK MBPJ PETALING JAYA
TIKET : RM 15

Hubungi di talian untuk tempahan tiket:
+6 012 931 5764 NoorAdlina Abu Bakar
+6 017 303 6758 Indra Putra Jamin




Photo by Muhamad Azwin Omar (KSFSB)

© 2008 KSFB
All images on this site are under the ownership & copyright of Kelab Sahabat Foto Seni Budaya (KSFB). No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the permission from the owner. All rights reserved.




Muhamad Azwin Omar
Photographer
Lensa Grafik Team
Tel 0123422600
Email : azwinomar@gmail.com
Blog : http://blog.azwinomar.com
Website : http://www.azwinomar.com
YM : f.muham@yahoo.com

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: