Home > Photography > Teater Eksperimentasi Medea

Teater Eksperimentasi Medea

Tarikh : 17 Nov 2007
Masa : 8.30pm
Lokasi : Auditorium Muzium Negara, KUALA LUMPUR

Dendam Puteri Kota Colchis
Oleh Nazmi Yaakub

Drama Greek, Euripides diterjemah ke pentas eksperimental, ditafsir Norzizie Zulkifli

TEATER Medea karya tragedi tokoh drama Greek, Euripides yang diterjemah dan diangkat Norzizie Zulkifli ke pentas secara eksperimental, meluapkan dendam puteri dari negara kota Colchis, Medea terhadap suaminya, Jason yang menukar cinta mereka dengan keghairahan terhadap wanita lain.

Medea yang berkebolehan dalam ilmu sihir, jatuh cinta dan mengahwini Jason selepas membantu pemuda itu mendapatkan Golden Fleece, walaupun menerima tentangan daripada ayahnya, Raja Aeetes sehingga sanggup meninggalkan negaranya untuk hidup bahagia di Corinth sehingga menimang dua cahaya mata.

Kebahagiaan rumah tangga mereka goncang apabila Raja Creon yang memerintah Corinth menawarkan puterinya, Glauce kepada Jason dan kebimbangan kemungkinan Medea menggunakan kuasa sihirnya untuk mengundang bala ke atas Corinth bagi membalas dendam kepada Glauce, mendorong lelaki itu menghalau isterinya, tetapi Medea meminta tempoh sehari untuk melaksanakan misi dendamnya.

Teater Medea arahan Norzizie yang akan dipentaskan di Auditorium Muzium Negara, Kuala Lumpur, pada 16 hingga 18 November ini, memberi peluang kepada khalayak untuk menikmati naskhah yang mengangkat mitos Greek dalam pementasan segar lagi rancak.

Suasana yang segar dan rancak itu hasil daripada gabungan kepakaran artistik Pengurus Produksi, Jumali Azudin; Pengurus Pentas, Suriati Nasaruddin; Pengurus Set dan Props, Mohd Kamil Zulkepeli; Pengurus Penataan Cahaya dan Audio, Abdul Muniff Md Isa dan Pengurus Kostum, Norez Nadia Md Kenon.

Norzizie turut memberi warna eksperimental apabila watak Medea dipecahkan kepada dua karektor dengan setiap satu dilakonkan tiga pelakon, sekali gus menjadikan enam pelakon mengambil bahagian, manakala dua pelakon pula membawa watak Jason.

Lebih menarik, semua pelakon terbabit turut menjadi korus yang menterjemahkan dialog dan aksi dalam naskhah Medea, ‘memaksa’ mereka kekal di pentas selain cubaan menggunakan muzik tradisional Melayu dalam teater tragedi Greek berjaya ‘menggegarkan’ teater ini.

Info
Teater Medea
Karya: Euripides
Terjemahan dan arahan: Norzizie Zulkifli
Anjuran: Erat Creative & Artistic Management, Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik (FTKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Tempat: Auditorium Muzium Negara, Kuala Lumpur
Tempoh: 16 hingga 17 November, jam 8.30 malam dan 18 November (3.30 petang dan 8.30 malam)
Tiket: Sumbangan dengan pembelian buku program
Telefon: Nurul Jannah Abdul Jalil di talian 012-6228682.

*Petikan dari Berita Harian





Muhamad Azwin Omar
Photographer
Lensa Grafik Team
Tel 0123422600
Email : azwinomar@gmail.com
Blog : http://blog.azwinomar.com
Website : http://www.azwinomar.com
YM : f.muham@yahoo.com

Categories: Photography
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: