Home > Engagement > Majlis Pertunangan Fadzly & Zara, Kuantan

Majlis Pertunangan Fadzly & Zara, Kuantan

Lokasi : Bukit Sekilau, KUANTAN
Tarikh : 13 December 2008


Alhamdulillah… akhirnya dapat jugak aku upload file ni untuk tontonan umum. ;p
Majlis ni berlangsung pada petengahan bulan 12 hari tu. Majlis dibuat secara
sederhana tetapi agak meriah dengan kehadiran rakan taulan pasangan mempelai.

Ktorang (Muham, Nikolasaswad & Dedey) bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang
jam 8.30pagi. Perjalanan kali ni tak terasa jauh sangat. Pejam celik pejam celik je,
ktorang dah sampai kat bandaraya Kuantan ni ;p Nasib baik tak terlalu lewat sampai
kat rumah Zara. Tapi kami dah terlepas sessi makeup pagi tu ;(
Maafkan kami…


Majlis bermula lebih kurang pukul 12 tengahari. Masa ni ktorang tak banyak amik
gambar sebab bagi laluan kat Official Photographer (OP) pada hari tu untuk
menjalankan tugas tanpa sebarang gangguan.
Terima kasih kat Abg Wan sebab bagi ktorang shoot sama2.😉

Antara hantaran dari kedua2 belah pihak



Selepas semua majlis selesai, ktorang terpaksa lah bawak Zara ke Perkampungan
Nelayan Tanjung Api
untuk sessi outdoor photoshoot. Permandangan kat sini agak
cantik sebab ada kawasan perkampungan nelayan yang indah dan berlatarbelakangkan
bandar Kuantan. Cuma cuaca masa tu agak panas terik!! Kesian kat bakal pengantin
kita ni… (patutlah lusa tu terus demam panas) ha ha ha


**kenalan & ofismate Zara yang sempat meluangkan masa kat sini.


Thumbnail




Ni antara trip2 ktorang yang ‘best’ buat masa ni… Yang tak berapa bestnye, cik
Dedey kempunan lagi sekali nak g Teluk Cempedak (TC). Memang tujuan asal dia
datang kat sini sebab TC. Nak buat macam mana, takdak rezeki la kot.
Ha ha ha…

So, kepada Zara…. SLMT BERTUNANG ye!!
Jumpa lagi bulan ****🙂🙂🙂


Muhamad Azwin Omar
Photographer
Lensa Grafik Team
Tel 0123422600
Email : azwinomar@gmail.com
Blog : https://azwinomar.wordpress.com
Website : http://fmuham.fotopages.com
YM : f.muham@yahoo.com

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: