Home > Outing, Photo Assignment, Travel > Kehidupan: Lynlyn , Ticket & Kapal Terbangnye….

Kehidupan: Lynlyn , Ticket & Kapal Terbangnye….

Bismillahirrahmanirrahim…

Semalam adalah antara hari yang aku tak boleh lupa sebab banyak sangat peristiwa
best dan menarik yang berlaku secara kebetulan. Memang agak menarik sebab
semuanya tak dijangkakan kami langsung. Tujuan asal kami semalam sebab nak
hantar Lynlyn & Member dia ke LCCT je. Diorang nak kene pergi kat Kota Kinabalu
atas urusan kerja.

Tak sangka pulak boleh shot kapal terbang mendarat kat LCCT buat kali kedua
(refer sini #1). Alhamdulillah cuaca pagi semalam agak tenang dan mengizinkan kami
mencari shot2 terbaik yang kami mampu ;p Tengah ktorang syok shot kapal terbang
dan suasana persekitaran, tiba2 Lynlyn call cakap dia & member dia dah terlepas
kapal terbang!! Adoi…. Kami tanpa fikir panjang terus bergegas ke Balai Perlepasan
LCCT dengan sepantas yang boleh (Kesian kat Wawanz sebab tak dapat belajar &
shot kapal terbang banyak2… lain kali kita datang lagi)
. Wan Undermysin g setelkan
semua urusan tiket untuk g ke sana. Selepas semua urusan yang sepatutnya selesai,
Lynlyn & kawan dia berlepas ke Kota Kinabalu dengan selamat walaupun terpaksa
membelanjakan RM*** lagi untuk tujuan pembelian tiket yang baru. Nak buat macam
mana kan, dah hati nak pergi sana sangat. So, layankan je la…. Janji dapat sampai
sana sudah la ;p

p/s: Korang jangan lupa bawak balik ole-ole & gambar2 menarik. Dengar cerita ada
orang tu nak buat pre-wedding seh!! ;p


Outing @LCCT, Sepang : Coming Soon

Lepas setel semua masalah kat LCCT, kami bergegas pulang ke rumah Wan
Undermysin yang terletak kat Bangi. Ntah macam mana punya idea, kami mengidam
nak ke Kawasan Bersejarah Jugra yang terletak di Banting. Tanpa membuang masa,
kami call Azmie untuk plan seterusnya. Dia hari ni pun tak keje, jadi kami mengambil
keputusan untuk pergi ke Jugra selepas Zuhur. Dalam pukul 2 petang, semua
berkumpul kat Bangi. Kami bertolak ke Jugra, Banting dengan semangat untuk
mendapatkan gambar2 terbaik dari sana (sebab kami ada buat research kat
internet pagi tadi ;p).

Dalam pertengahan perjalanan kami, tiba-tiba satu daripada tayar kereta kami
pancit. Ni adalah antara peristiwa yang kita memang semua tak akan jangkakan
dan tak nak ianya berlaku. Selepas semuanya selesai, kami meneruskan perjalanan
semula. Dalam pukul 3.30 petang, kami tiba di kawasan Jugra, Banting (ni kali
pertama aku menjejakan kaki kat sini ;p). Persekitaran kat sini agak nyaman dan
tenang sebab masih mengekalkan hutan tebal yang menghijau. Dengan erti kata
lain, tempat ni belum diterokai sepenuhnya lagi. Selepas tu kami mengambil
keputusan untuk ke Bukit Jugra (antara kawasan tumpuan pelancong ke sini).

Setelah kami sampai kat atas puncak bukit, kami terserempak dengan
sekumpulan Paragliding (sejenis sukan luncur angin) yang sedang asyik
membuat latihan untuk kejohanan ‘Paragliding Accuracy World Cup Jugra
2009
‘ yang akan datang pada bulan April nanti. Kami mengambil keputusan
untuk merakamkan beberapa keping gambar untuk kumpulan Paragliding tersebut.
Terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik semalam. Gambar2 akan
menyusul dalam masa yang terdekat.🙂



Ini kali pertama juga saya sampai ke tempat setinggi ni, tak pernah
seumur hidup pun melihat keindahan alam secantik dan seindah ini.
Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kalau nak tau lebih lanjut,
sila lah rajin2 kan diri kalian untuk datang ke tempat bersejarah seperti
ni. Tak jauh pun😉



Selepas agak puas menikmati keindahan dari puncak bukit, kami meneruskan
perjalanan ke tempat2 bersejarah yang ada kat sini. Lokasi yang kami idam2
kan adalah Makam Diraja Sultan Selangor, Masjid Sultan Alauddin, Istana
Jugra
dan juga Penjara Lama Jugra.

Kami hanya sempat melawat ke Makan Diraja Sultan Selangor & Istana Jugra sahaja
kerana kesuntukan masa yang tak dapat dielakkan. Gambar2 dikedua tempat ini
juga kami tidak rakamkan sepenuhnya kerana atas nasihat pihak berwajib yang
memelihara kawasan tersebut.

Sebelum pulang, kami sempat menjejakkan kaki ke pasar malam di sekitar kawasan
berdekatan sambil berehat sebentar sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.
Terima kasih kat Undermysin sebab bagi guna gadget2 dia, Azmie, Wawanz &
Geng2 Paragliding.

p/s: Harap2 suatu masa nanti kami dapat ke Bukit Jugra lagi. Insyallah..


Paragliding @Bukit Jugra, Banting : Coming Soon



Muhamad Azwin Omar
Photographer
Lensa Grafik Team
Tel 0123422600
Email : azwinomar@gmail.com
Blog : https://azwinomar.wordpress.com
Website : http://fmuham.fotopages.com
YM : f.muham@yahoo.com

  1. January 18, 2009 at 7:30 am

    waaa..sangat bestla entry ini..

  2. azwinomar
    January 18, 2009 at 8:15 am

    Thx alot bro sebab kasi pinjam gadget2 ganas ko!!! nanti jangan lupa outing lagi.😉

  3. January 18, 2009 at 11:15 am

    tertinggal flight? mesti korang lambat nie kan? air asia mmg cam tue. local flight kalau terlepas 1 hour before, mmg selamat lar! wah2, gi Banting ek! dah la time tue tgh seronok2 YM ngan mie, kacau plak! mie cakap korang datang.

  4. azwinomar
    January 18, 2009 at 1:18 pm

    aah.. aritu macam mana tah boleh tersilap. last2 kene beli tiket baru😦

    psl azmie, sori la ktorg amik Azmie dari Zara.. ktorang dah takde pilihan lain masa tu. lain kali ktorg x kacau okeh!! ;p

  5. January 19, 2009 at 6:53 am

    lawa gambar…tp takkan sekeping je kot??? mne yg len?? ;p

  6. azwinomar
    January 19, 2009 at 7:23 am

    tak sabar betul lah.. keh keh keh
    kan ada ‘coming soon’ tuh!! ;p

    sila dtg lain kali okeh..😉

  7. January 20, 2009 at 3:38 pm

    cantik betul.. langit biru.. tak pernah ke KLCC atau KLIA shot plane.. lain kali pegi lagi contact le.. nak itut..

  8. lyn
    January 21, 2009 at 7:40 am

    siot ko muhamm… ko canang 1 WORDPRESSS…. haduisss malu gue malu gue

  9. azwinomar
    January 21, 2009 at 7:52 am

    ammwatan:
    insyallah. boleh je. roger2 la bro.. outing masa ni pun sebab hantar member ktorang g LCCT Terminal.. dia mau g KK

    Lyn:
    hahahaha.. nak buat camne.. kang tak lengkap lak citer perjalanan ktorang.. ;p

  1. January 18, 2009 at 5:10 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: