Home > Photography > Outing @Perak

Outing @Perak

# Day1

Perancangan untuk outing ke Perak ni dah lama tertangguh disebabkan jadual peribadi dan kerja yang agak padat. Tapi alhamdulillah kami akhirnya berjaya jugak menjejakkan kaki ke sini setelah sekian lama. Pada mulanya kami plan untuk balik hari je. Tapi memandangkan masing2 ingin ke Pekan Loken, kami mengambil keputusan untuk bermalam di Bandaraya Ipoh.😉

Perjalanan kami dari Kota Kuala Lumpur lancar sehinggalah ke kawasan Tapah, hujan turun dengan lebatnya sehingga memaksa kami mengurangkan kelajuan jentera kami ;( Selepas lebih kurang 4 jam perjalanan, kami pun tiba di Bandaraya Ipoh. Tanpa membuang masa, kami terus mencari budget hotel di sekitar bandaraya ni. Akhirnya setelah puas berjalan dan bertanyakan kepada penduduk tempatan, kami mengambil keputusan untuk menginap di Hotel Tokyo yang terletak berhampiran The Store Ipoh.

Gambaran waktu malam di sekitar Bandaraya Ipoh kami terpaksa lupakan kerana kepenatan petang tadi masih lagi terasa di badan. Jadi kami mengambil peluang pada malam hari untuk berehat dan mencuba makanan serta lauk pauk istimewa penduduk tempatan di sekitar kawasan berdekatan. Kami juga sempat melawat pasar malam yang terletak bersebelahan dengan hotel kami.

Setelah semuanya selesai, kami terus masuk tido agak awal kerana tugasan esok masih ada menanti kami😉


# Day2


muka xmandi pagi ni!!! muehehehe (photo dari Wan)

Kira-kira jam 6 pagi kami terjaga dari tidur disebabkan alarm Wawan yang berbunyi agak kuat ;( Kami terpaksa la bangun juga untuk pergi ke Pekan Loken yang dikhabarkan mula beroperasi jam 6 pagi. Setelah menyiapkan diri & sembahyang subuh, kami terus bergegas ke tempat kejadian.

Dalam 15 minit je kami dah pun sampai kat tapak perniagaan Pekan Loken. Kelihatan para peniaga masih lagi bersiap sedia untuk memulakan perniagaan mereka. Kami mengambil peluang ni untuk sarapan pagi seketika di mapley berdekatan.


photo dari Wan

Sekitar jam 7 pagi, kami memulakan langkah kami ke gerai sekitar. Di sini terdapat bermacam2 barang terpakai yang dijual. Tak kira lah samada barang berkenaan masih boleh digunapakai ataupun sebaliknya. Bagi pengemar2 ataupun pengumpul barangan antik, di sini adalah antara lubuk yang sangat bagus untuk dilawati. Pelbagai barangan lama boleh didapati disini dengan harga yang agak berpatutan. Proses tawar menawar juga masih diamalkan disini. Jadi tak mustahil ramai yang tidak pulang dengan tangan kosong kerana ada antara mereka yang dapat memiliki barangan yang diminati dengan harga yang ‘agak’ murah.😉 Antara barangan yang senang didapati di sini adalah seterika & jam antik yang bernilai ribuan ringgit, pinggan mangkuk zaman peperangan, tv & radio antik, tembikar, buku2 & majalah lama, barangan elektrik, kamera SLR serta bermacam2 lagi.

Menurut peniaga di sini, waktu perniagaan Pekan Loken adalah antara jam 6 pagi sehingga ke tengah hari amnya.













Pekan Loken



Sudah lebih kurang 4 jam kami berada disini, jadi kami mengambil keputusan pulang ke hotel untuk bersiap-siap ke destinasi seterusnya selain perlu check-out hotel sebelum tamat tempoh. Setelah semua urusan rasmi selesai, kami meneruskan pengambaran ke kawasan bersejarah sekitar Bandaraya Ipoh. Antaranya adalah Birch Memorial Clock Tower yang terletak berhampiran Stesen Keretapi Bandaraya Ipoh.


Birch Memorial Clock Tower, Ipoh : Coming Soon



Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah, Perak. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dengan bantuan GPS, kami pun tiba ke destinasi dengan selamat walaupun terpaksa melalui jalan-jalan terpencil di sekitar daerah ini. Alhamdulillah signal GPS kami tidak mengalami sebarang gangguan teknikal.


Kellie’s Castle, Batu Gajah : Coming Soon



Sebelum kami bertolak ke destinasi seterusnya, kami sempat menjamah selera di gerai yang disediakan. Setelah puas berehat, kami meneruskan perjalanan ke Menara Condong yang terletak di kawasan Teluk Intan, Perak. Perjalanan ke sini mengambil masa yang agak lama kerana kedudukan lokasinya yang terpencil.


Menara Condong Teluk Intan : Coming Soon



Setelah puas melawat ke sekitar menara ini, kami mengambil keputusan untuk pulang ke Kota Kuala Lumpur kerana salah seorang di antara kami mempunyai temu janji pada sebelah malamnya.😉 Walaupun hasrat kami untuk ke destinasi-destinasi lain (Gua Tempurung.. etc) tidak kesampaian, kami tetap bersyukur dan gembira kerana diberi peluang sehingga ke tahap ni. Insya Allah jika ada kesempatan lagi, kami akan mengunjungi destinasi si sekitar Negeri Perak di lain hari.

Kami semua tiba di Kota Kuala Lumpur lebih kurang jam 7.30 malam.




Muhamad Azwin Omar
Photographer
Lensa Grafik Team
Tel 0123422600
Email : azwinomar@gmail.com
Blog : http://blog.azwinomar.com
Website : http://fmuham.fotopages.com
YM : f.muham@yahoo.com

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: