Home > Outing, Photoshoot > Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan

Satu-satunya keistimewaan sejarah yang terdapat di bandar Teluk Intan ialah Menara Condong.

Terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar, seolah-olah merelakan kedudukannya di tengah bandar dan menjadi mercu tanda sejarah yang sudah berusia lebih satu abad.

Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini. Apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali dengan jolokan Menara Condong lantas menempah gelaran menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.

Orang yang bertanggungjawab membinanya ialah seorang pemborong bernama Choong Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri China.

Tujuan asal pembinaannya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air. Air daripada tangki ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar ini tidak mempunyai perkhidmatan bomba.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.

Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus.

Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan Mak Intan menjadi sebuah pulau. Walaubagaimanapun setelah Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa tahun kemudian, diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut setinggi 85 kaki dari paras muka bumi.

Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya.

Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.

Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya menggunakan genting.

Tangki air terletak di aras tiga, ianya diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.

Menyedari akan keunikan dan sejarah yang tersendiri bangunan tersebut, pada tahun 1997 pihak Majlis Daerah Hilir Perak telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah dataran disekeliling bangunan tersebut dan langkah-langkah pemuliharaan akan terus dijalankan bagi menjadikan ianya satu daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

*http://mdhilirpk.perak.gov.my

Bagi pengamatan saya, menara ni sangat unik sebab sebenarnya ia adalah antara sebuah
tangki air yang terletak disini. Pada mulanya kami tidak dapat merasakan menara ini condong
sehinggalah kami berada di tingkat 3. Di tingkat ini lah kami dapat rasakan ianya tidak setabil
seperti di tingkat bawah. ;(

#

#

#

#



Fakta:
– Dibina pada tahun tahun 1885 oleh seorang pemborong bernama Choong Cheong / Ah Cheong
– Sebuah tangki air
– Bangunan Bersejarah berusia hampir 100 tahun









Muhamad Azwin Omar
Photographer
Lensa Grafik Team
Tel 0123422600
Email : azwinomar@gmail.com
Blog : http://blog.azwinomar.com
Website : http://fmuham.fotopages.com
YM : f.muham@yahoo.com

  1. February 16, 2009 at 10:19 am

    pergh.hebat sih…terpaku aku dengan update mu!

  2. lyn
    February 16, 2009 at 8:09 pm

    MUHAMMMM…. dasat² siot gambar disini😛

  3. weda
    February 27, 2009 at 3:12 pm

    sesuai 4 aq nyer kerje kursus

  4. February 27, 2009 at 3:48 pm

    @izwan & lyn
    thx alot.. gambar korang pun apa kurangnye ;p

    @weda
    Alhamdulillah.. harap2 menepati citarasa cik Weda lah.😉

  5. adil_zhafri
    March 15, 2009 at 12:37 pm

    best ar…menara t.i

  6. March 15, 2009 at 8:25 pm

    @adil_zhafri
    Memang best pun Adil!! Masuk percuma je😉

  7. March 18, 2009 at 1:00 pm

    admin…beTuL2….free of charge

  8. March 18, 2009 at 6:41 pm

    @adil_zhafri
    betul tu.. Adil dah pernah pergi sana x?

  9. shin
    March 24, 2009 at 9:44 pm

    hello~
    i am a form 3 student..
    and i found ur blog have what i need in my projek..
    intitle : [BANGUNAN BERSEJARAH ]
    so.. i just leave a comment to say ‘THANKS!’

    thank you very much~ ^.^

  10. misa
    March 31, 2009 at 3:41 pm

    hai. nak kenal boleh?

  11. yan
    April 22, 2009 at 4:30 pm

    klu dapt bergambar k s2, kn best. lg2 awek cun cm i…

  12. April 23, 2009 at 9:08 pm

    @shin
    wc shin🙂

    @misa
    boleh aje… add lah ym..

    @yan
    ye la kot cik Yana.. awak kan vogue gitu ;p

  13. May 5, 2009 at 10:18 pm

    gempaq bai….

    trkezut aq di wat nyer…

    camne laa owg zmn dulu leh wat cam nie????

    owg zamn nie pown x reti nk wat….

  14. May 15, 2009 at 4:06 pm

    best giler ahh..teringin lak nak gi sana..

  15. May 18, 2009 at 12:16 pm

    very useful for me . thanks

  16. nur
    June 2, 2009 at 1:20 pm

    i wan 2 find about tujuan bangunan ni dibina…tp ape pown x dak…plez..bg maklumat lengkap…kay?..thanx

  17. wegadesh payapee
    June 14, 2009 at 2:03 am

    cik nur..perlu ke nak tahu tujuan bagai kat sini?ini bukan laman arkib negara,perpustakaan negeri mahupon perpustakaan bergerak.

    haku cari skali je kat mr G..tros jumpe.kes malas nak cari la ni..aku repot kat cekgu hang nnti baru tau..sume nak spoonfeed!

    memandangkan haku ni baik…ni ha tujuannye..banjer ABC tau nnti.

    http://menara-condong.blogspot.com/2009/03/menara-condong-teluk-intan.html

  18. PIEQA
    June 26, 2009 at 2:37 pm

    thx!!!help me utk folio history,bergna sgt!thx deh…

  19. kaLer
    October 2, 2009 at 9:55 am

    Zzz. bkan ke die condong disebabkan faktor tanah?

  20. liyana
    October 9, 2009 at 10:42 pm

    ala nape tak tunjuk kat tingkat 3?tujukla sekali tangki air

  21. October 11, 2009 at 12:53 pm

    @paez
    betul tu paez.. kita kene menghayati kesenian dan pemikiran dorg zaman dulu2
    macam mana dorg dapat hasilkan menara macam ni walaupun kekurangan serba serbi tak macam apa yang kita ada sekarang ni

    so fikiran2 kan lah ye🙂

    @azwa
    organize la trip ke sana azwa
    memang berbaloi melawat tempat2 bersejarah dan unik kat Perak
    macam-macam ada ;p

    @chrysi
    wc🙂

    @nur
    saya akan update info terbaru kalau berkesempatan
    mintak maaf kalau ada kekurangan dalam artikel ni

    @wegadesh payapee
    yup.. memang betul pendapat awk.
    tapi kita tolong mana2 yang termampu dan share info yang kita ada supaya kawan2 yang tak pernah datang sini dapat sedikit informasi tentang kejadian alam sekitar setempat.

    p/s: sy nak ABC jugak!!! hahahah

    @PIEQA
    wc pieqa.. buat folio elok2 ye

    @kaLer
    sy tak dapat beri kepastian pasal ni
    mungkin saya akan tanya pada pihak berkenaan
    tunggu update akan datang okey!!🙂

    @liyana
    mintak maad sekali lagi cik liyana
    nanti saya akan buat full coverage pasal menara ni kalau berkesempatan ke sini lagi

  22. lidyawati ahmad
    October 15, 2009 at 6:13 pm

    kampungku syurgaku…

  1. August 9, 2009 at 12:43 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: